Apakah Akaun Rasmi LINE?

Perkhidmatan ini membenarkan syarikat untuk mencipta akaun mereka sendiri. Syarikat boleh menghantar mesej secara lambak kepada pengguna yang telah berkawan dengan akaun mereka, menyiarkan artikel di Timeline dan banyak lagi. Akaun syarikat dipaparkan dalam platform LINE, lalu membenarkan syarikat untuk mencapai lebih ramai pengguna pada skala media massa.

  • Mengenai Fungsi Mesej
    Anda boleh menghantar mesej kepada semua pengguna yang menambah akaun rasmi syarikat anda sebagai rakan dengan serta merta. Pengguna dimaklumkan apabila mesej tiba, oleh itu kadar dibuka agak tinggi. Jika anda menghantar mesej yang berguna untuk pengguna, anda boleh menjangkakan kesan rangsangan perniagaan yang tinggi.
  • Tentang Fungsi Timeline
    Anda boleh menyiarkan maklumat pada timeline pengguna yang telah mendaftarkan akaun anda sebagai rakan. Pengguna boleh "suka" dan tambahkan komen kepada siaran anda, oleh itu anda boleh gunakan ini sebagai tempat untuk komunikasi.
  • Tentang Fungsi Mesej Kaya
    Fungsi Mesej Kaya membenarkan anda untuk membawa foto dan teks bersama dalam satu imej untuk tarikan yang padat, mudah difahami. Anda boleh menjangkakan kesan rangsangan perniagaan yang lebih tinggi daripada mesej teks biasa.
  • Mengenai Fungsi Halaman PR
    Halaman PR ialah halaman mini yang pengguna boleh lihat pada aplikasi LINE. Ia boleh menghantar kupon atau teks panjang yang tidak boleh muat dalam satu mesej. Anda dengan mudah boleh mencipta Halaman PR daripada skrin pengurusan.
  • Mengenai Fungsi Halaman Penyelidikan
    Halaman Penyelidikan ialah fungsi di mana anda boleh menghantar kandungan yang pengguna sertai, seperti soal selidik dan undian populariti, melalui Sembang LINE. Anda boleh menggunakan berbilang fungsi supaya sesuai dengan tujuan anda. Anda juga bukan saja boleh menggunakan hasil soal selidik, tetapi juga menyelaraskan maklumat demografi responden untuk digunakan dalam pelan pemasaran.
  • Mengenai Mesej Jawapan Kata Kunci
    Fungsi ini membalas mesej daripada pengguna dengan mesej ditetapkan lebih awal sebagai padanan yang tepat. Tetapkan kata kunci lebih awal dan respons dihantar secara automatik berdasarkan kata kunci tersebut. Terdapat pelbagai aplikasi seperti minat yang sepadan, memberi respons kepada soalan pengguna, mencari maklumat kedai dan merancang kuiz.

Pelekat untuk Tujuan Promosi

  • Apakah Pelekat Tajaan?
    Dengan Pelekat Tajaan, anda boleh menukarkan watak syarikat anda kepada pelekat dan mengedarnya kepada pengguna secara percuma untuk membantu meningkatkan pengenalan bagi watak anda dan memperbaiki penjenamaan syarikat anda.
  • Apakah Mesti Beli?
    Ini ialah pelan promosi jualan yang menggunakan LINE dalam kedai. Apabila syarikat mengadakan kempen jualan dengan hadiah, anda boleh menggunakan pelekat LINE sebagai novelti atau sebagai insentif kerana membeli produk anda. Dengan mengguna pakai nombor siri yang ditetapkan bagi memuat turun pelekat kepada barangan, anda boleh menggunakan ini sebagai bukti pembelian apabila pelekat dimuat turun.

Tentang Mata LINE

Mata LINE ialah perkhidmatan ganjaran baharu yang membolehkan pengguna memperoleh dan membelanjakan Mata pada perkhidmatan LINE.

Butiran Lanjut
  • Pengiklanan (Pengguna Memperoleh Mata)
    Pengiklanan melalui Mata LINE bermakna akses kepada salah satu khalayak telefon pintar yang terbesar di dunia dan kemungkinan pelbagai promosi video.
  • Tukar Mata (Pengguna Menebus Mata)
    Pengguna boleh menebus Mata untuk item seperti sticker dan tema LINE. Item lain seperti kod hadiah dan baucar juga boleh didapati di sesetengah rantau.

Rakan Permainan

Rakan Permainan
  • Cadangan Perkongsian Penerbitan
    Sejenis perkhidmatan di mana seseorang boleh menyediakan perkhidmatan permainan kepada pengguna global melalui Permainan LINE. Permainan yang dibangunkan boleh diedarkan kepada dunia melalui platform global LINE.
  • Cadangan Perkongsian Saluran
    Syarikat permainan bukan saja boleh menerbitkan permainan mereka melalui LINE tetapi juga mengurus permainan tersebut secara langsung dengan menggunakan pengguna platform LINE.
  • Cadangan Perkongsian Perniagaan Lain
    Pelbagai peluang perkongsian berkaitan dengan permainan yang ada, termasuk perkongsian perniagaan dan pelaburan.

Perkongsian Perniagaan Watak LINE FRIENDS

Mencadangkan pelbagai perkongsian perniagaan dengan jenama watak LINE FRIENDS kami dalam pemerdagangan, kerjasama, kedai luar talian, acara dan pengedaran.

Others

  • Rakan Kedai Pelekat
    Servis untuk menjual sticker anda di Kedai Sticker LINE. Disyorkan untuk mereka yang mahu mengembangkan perniagaan animasi/watak kartun di kalangan pengguna LINE
  • LINE untuk Tujuan Promosi
    Lucky Chance (Peluang Bertuah), Cross Media (Media Silang), Akaun Rasmi LINE dan perkhidmatan lain tersedia untuk promosi. LINE akan memadankan gaya dan media kehendak anda untuk promosi yang menyeluruh, termasuk mengiklankan produk atau perkhidmatan anda, atau penjenamaan dll.
  • LINE Channel
    Servis ini membenarkan app dan servis web disambung dengan LINE. Oleh itu, pengguna menikmati lebih banyak servis.
  • Pelanggaran hak pelekat atau tema
    Untuk mengetahui lebih lanjut tentang hak cipta, hak tanda dagangan atau hak penggunaan yang lain bagi sticker dan tema daripada LINE Creators Market, sila hubungi kami melalui borang pertanyaan.
  • Lain pertanyaan berkaitan Perkongsian Perniagaan LINE
    Sila hubungi kami di sini untuk pertanyaan lain berkenaan LINE Business Partnerships.
loading